Thursday, 28 November 2013

Musafir ke Phom Penh: Hari ke-4 (28/11/2013)

Destinasi Pertama: Genocide Museum Tuol Sleng
- Pagi ni kami hire TukTuk namanya Pakcik Mustapa, alhamdulillah dia faham bahasa melayu jadinya mudah sikit untuk berkomunikasi. Kami minta dia tunggu di hotel dan bila kami sampai kat lobi hotel jer dia dah ada. Seorang yg punctual. Kami minta dia bawa kami ke Penjara Tuol Sleng, tempat Polpot mendera dan menghukum penduduk tempatan.
- Tempat ni suram jer dan rasa sedih menyelubungi diri bila masuk kat dalam ni. Bayaran masuk US2/orang. Cumanya kat sini ada amaran jgn usik barang-barang dalam bilik tu. Jadi kaminya pun tak usik la. Sapa-sapa yg usik tu tanggung sendiri la risikonya yer... heheh.

Destinasi ke-2: Royal Palace
- Tiket masuk US6.5/orang
- Dalam nie ada istana lama Raja Kemboja. Kalo sapa-sapa yang pertama kali tu boleh la masuk dalam tu. Sbb kami nie first time masuk jer. Dalam tu ada la bbrp bangunan istana warna emas, warna silver dan tempat Raja sembahyang. Ada gak mini museum dalam nie.

Destinasi ke-3: National Museum
- Tiket masuk US5/org
- Dalam ni byk pameran ttg patung-patung, jadi tgk jer la. Ada juga video simulasi ttg kawasan Angkor Wat semasa zaman kegemilangan. Ok gak tgk video tu dpt la gambaran ttg kawasan Angkor tu.

Destinasi ke-4: Central Market
- Kat sini harga barang ok. Untuk cari kawasan yg jual kain ela dapatkan kawasan tengah yg jual batu permata then tgk satu-satu belah mana sama ada utara, selatan, timur dan barat. Cari kat area tu nnt jumpa la tu.

Destinasi ke-5: Russian Market
Kat sini kawasan ni agak sesak dan sempit. Bagi saya sgt tidak selesa shopping kat sini. Harga pun agak mahal juga.

No comments:

Post a Comment