Monday, 25 November 2013

Musafir Siem Reap: Hari Pertama (25/11/2013)

Sekadar perkongsian pengalaman berada di sana.

Hari Pertama ( 25/11/2013)

- Bertolak dari LCCT pukul 6.50am setelah beratur untuk semakan dokumen oleh staff airasia kena berlari-lari mengejar pintu Y untuk berlepas. Kemudian kena semakan pula dgn pihak Kastam, Alhamdulillah segala dokumen ok dan pintu belum ditutup masa tu. Dalam pada beratur dan berlari-lari solat Subuh belum dikerjakan jadinya sampai jer dalam flight terus pergi bilik air amik wudhuk dan solat subah kat dalam flight.

- Masa dalam flight cabin crew airasia edarkan 2 borang iaitu borang kastam dan arrival. Jadinya untuk mudahkan urusan maka borang tu kena di isi masa dalam kapal terbang.

- Oleh sebab kita nie negara asean maka tak perlu beratur untuk visa on arrival jadi boleh terus pergi ke bahagian kastam bagi semakan kemasukan ke Cambodia. Alhamdulillah urusannya mudah dan cepat.

- Kebetulan bila keluar dari airport tu nampak ada pihak hotel yang menunggu tourist yang mmg menginap sama. Jadinya kami pun terus approach and perkenal diri tapi dia bukan nak amik kami, dia amik org lain. Oleh sbb hotel yg sama kami minta dia call hotel untuk hantar tuk tuk yang lain untuk jemput kami.

- Sampai di hotel, alhamdulillah urusan check-in ok, kami menginap di The City kiranya budget hotel la ni, dah namanya backpack kan jadinya cari yg budget juga. Wpun budget hotel tapi saya suka persekitarannya dengan bilik yang besar. Cumanya nak masuk dari jalan besar ke hotel tiada jalan tar ada jalan batu2 jer... lebih kurang 40m gitu. Seronok gak la naik tuktur di atas jln batu bata... so sesapa nak rasa pengalaman tu... sila la menginap kat The City.... hehehe...

Destinasi Pertama : Maybank Siem Reap
Lepas check in kami booking driver tuktuk yang kami jumpa kat airport tadi... kalo tak silap namya Phreang gitu la.... kami minta dia bawa kami ke Maybank untuk keluarkan duit... masa tu rasa seronok sgt jumpa maybank.... hehehe.... yg penting tunjukkan alamat maybank tu dan dia akan cari sampai call kawan2 dia tanya tempat tu kat mana.

Destinasi ke-2 : War Museum
- untuk masuk tips US1 & tiket US5
- Masuk dalam tgk byk sgt senjata, bom dan kereta kebal yang digunakan masa perang saudara di Kemboja dulu. Alhamdulillah kita kat mesia aman.
- Tips US1 tu untuk jurucakap yg terangkan kat kita masa kat dalam tu, kalo tak nak pun tak apa Kami amik dia untuk bg penerangan dan sgt informative.


Destinasi ke-3: Silk Farm
- Masuk percuma tp kalo nak tourist guide kena byr tips kpd org tu. Masa kami kat sini kitaorg tak guna tourist guide jadinya jalan sendiri jer. Seronoo juga tgk proses untuk hasilkan silk ni dan satu perkara yg saya suka bila diorg menggunakan peralatan yang digunakan semula.
Destinasi ke-4: Solat Zuhur di masjid di Siem Reap
- Solat jamak zuhur & asar kat masjid ni. Kawasan perkampungan islam di Siem Reap. Lupa nama tempat.

Destinasi ke-5: Kg Pluck untuk Tonle Sap
- Sedikit salah faham masa nie jadi kami tak pergi kat Tonle Sap masa ni walaupun dah sampai kat jeti untuk ke Tonle sap.

Destinasi ke-6: Night Market
- Kami buat massage kaki US3 untuk setengah jam. Sangat best jadi sesapa yg gi siem reap wat la massage kaki.

No comments:

Post a Comment