Friday, 29 November 2013

Musafir ke Phom Penh-Siem Reap: Hari ke-5 (29/11/2013)

Destinasi Pertama: Siem Reap
- Hari ni bangun awal seperti biasa, lepas solat subuh, bersiap-siap untuk bertolak ke Siem Reap naik van dengan VGS Travel & Tours. Untuk elakkan lapar, seperti biasa makan kurma 7 biji dan sekotak air susu. Alhamdulillah dapat menampung perut hingga ke tengahari.
- Pukul 6am kami dah turun kat lobi, Pakcik Mustapha dah siap menunggu di luar hotel sbb van bertolak pukul 7am.
- Upah tuktuk dari hotel ke pejabat VGS tu US10.
- Tiket van dari Phnom Phen ke Siem Reap US10/orang, lagi murah sbb kami tak minta pihak travel agency tu untuk jemput kami ke hotel.
- R&R adalah di Kampung Thom, kalo ikutkan mmg tak selesa tp redho jer la. Belajar budaya tempatan.
- Jika ikut tempoh perjalanan, katanya 4.30jam tp sebenarnya 5.30 jam.
- Kat Siem Reap kami dah tempah The City Hotel untukmenginap, jadinya kami minta pihak hotel amik kami kat pejabat VGS Travel & Tours.

Destinasi ke-2: Makan tengahari
- Seperti biasa kami makan tengahari kat Restauran DWau.
- Kos makan US20 untuk 4 org.

Destinasi ke-3: Tasik Tonle Sap
-Kali ni kami berempat berpecah kepada 2 kump sbbnya saya nak pergi Tasik Tonle Sap dari jeti Chong Khneas. Kat sini dari jeti ke tasik dekat sikit dan yg ada kat sini cuma floating village jer. Tapi scenary waktu sunset sgt cantik kat sini berbanding Kg Pluck. Tapi kat Kg. Pluck yg bestnya ada floating village & floating forest, cuma dari jeti ke tasik agak jauh.
- Tiket masuk US20/org. Kalo sesapa yg nak menikmati sunset rasanya tak perlu pergi naik bot pun cuma lepak kat jeti pun dah cukup. Jeti kat sini agak selesa sedikit berbanding jeti di kg,pluck.

Destinasi ke-4: Night Market
- Dari Tasik Tonle Sap, kami terus ke night market. Kat sini la area Bar Road tu, yg ada payung kuning tergantung terbalik kat atas jalan tu. hehehe......
- Area ni mmg happening waktu malam, mmg ramai tourist kat sini. rasanya kalo nak menginap kat sini cam tak sesuai jer sbb bising sgt.
- Kat sini kitorang massage kaki lagi, kali nie dapat US4 untuk 1 jam. bestnya so sesapa yg datg sini mesti try massage kaki. Tp kena bgtau kat tokey kedai tu nak pompuan jer massage sbb kami pompuan.... hehehe... dia offer gak lelaki yg massage tp kami tak nak.... hehehe...


No comments:

Post a Comment