Monday, 30 May 2011

Money isn’t everything

Money can buy a house, but not a home.
Money can buy a bed, but not sleep.
Money can buy a clock, but not time.
Money can buy you a book, but not knowledge.
Money can buy you a position, but not respect.
Money can buy you medicine, but not health.
Money can buy you blood, but not life.

Memberi itu lebih baik daripada menerima

Sematkan di dalam hati dan amalkan agar banyak memberi kepada orang lain. Kemudian sematkan di hati agar apa yang diberi itu sbg ibadah dan juga saham diakhirat. Usah diungkit dan ditoleh kebelakang tentang apa yang diberi hanya ikhlaskan hati dengan pemberian tersebut.
Cuba elakkan asyik menerima daripada orang, kelak kita yang termakan budi.

Beri apa yang disayangi dan yang terbaik daripada kita

Sematkan di dalam hati apabila memberi sesuatu pada oran jika berbentuk barang atau benda maka berilah yang terbaik dan yang paling disayangi. Pengorbanan yang sikit akan diberi ganjaran kelak oleh ALLAH. Cuba kita renungkan peristiwa Habil & Qabil, ALLAH hanya menerima pemberian yang terbaik shj. Justeru itu, perlu kita amalkan pemberian yang paling bagus & terbaik itulah perlu dibuat. Marilah bersama membuang amalan apabila memberi kepada orang dengan memberi barang yang sudah tidak digunakan atau barang yang telah buruk.

Ikhlas memberi & Ikhlas menerima

Apabila kita memberi sesuatu kepada orang sama ada bantuan atau sesuatu, perlu disemat di dalam hati ikhlas kerana ALLAH. Begitu juga apabila kita menerima bantuan atau sesuatu daripada seseorang, maka niatkan hati ikhlas menerima.